Butik Pengantin Muslimah Syahirah

Penerimaan wanita Islam di negara ini terhadap busana muslimah menyebabkan pereka fesyen tempatan menerokai satu lagi aspek penting dalam kehidupan wanita, iaitu pakaian pada hari perkahwinan.

Bagi pengusaha Butik Pengantin Muslimah Syahirah, Ismail Abdul Rahman, permintaan tinggi daripada bakal pengantin yang ingin mengenakan busana pengantin muslimah umpama limpahan rezeki selepas 11 tahun mengendalikan butik pengantin khusus untuk wanita bertudung.

Butik Pengantin Muslimah Syahirah

Sekitar lewat 90-an, katanya tidak ramai wanita menerima konsep perkahwinan pengantin bertudung, malah segelintir pengantin sanggup menanggalkan tudung semata-mata untuk tampil cantik pada hari pernikahan.

“Kini persepsi wanita mula berubah, malah ramai yang tidak bertudung datang ke butik Syahirah semata-mata untuk mendapatkan busana muslimah lengkap tudung ketika majlis pernikahan.

“Perkara itu bukan saja mengejutkan, malah saya gembira kerana konsep yang mula diketengahkan butik ini mula diterima ramai,” katanya.

Bagaimanapun, kejayaan pasti tidak akan datang tanpa usaha keras. Demi memastikan penerimaan masyarakat terhadap pemakaian busana muslimah pada majlis pernikahan menyebabkan Ismail mengerah idea menghasilkan kelainan bagi setiap rekaan busana.

Ismail berkata, ramai bakal pengantin menjadikan kain renda sebagai pilihan utama untuk kelihatan cantik pada hari bahagia tanpa mengetahui bahawa pemilihan fabrik bergantung kepada cara potongan dan bentuk badan seseorang.

“Tidak dinafikan renda Perancis mampu memperlihatkan gaya mewah, tetapi fabrik berat seperti satin Dutchess, sutera sifon dan sutera shantung bersulam manik juga mampu membiaskan kelainan kepada pengantin,” katanya.

Kelainan ditawarkan Butik Pengantin Muslimah Syahirah adalah semua baju pengantin dijahit sulam mesin sebelum disulam manik.
Jubah labuh tiga lapis sesuai dipakai pada majlis persandingan.

Mengambil kira pendapat pelanggan, butik ini juga menyediakan gaun pengantin yang sesuai untuk wanita Islam dan dipadankan bersama ikatan tudung versatil.

“Ramai beranggapan mengenakan tudung mampu membuatkan wajah asal tampil berbeza. Kini melalui penggunaan anak tudung Syahirah yang dijahit cantik, bentuk wajah bersegi atau bulat mampu disembunyikan.

“Kebanyakan pasangan pengantin perempuan datang mengucapkan penghargaan kepada saya kerana gembira melihat perubahan wajah isteri apabila dipakaikan tudung Syahirah,” katanya.

Pengalaman mengendalikan pakaian muslimah menyebabkan Ismail bijak merubah bentuk wajah pengantin yang tidak menarik kelihatan sempurna melalui teknik pemakaian tudung pelbagai.

“Rahsianya adalah pemakaian anak tudung yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Selain itu, saya menggunakan bantuan rambut palsu yang dimasukkan ke dalam tudung menjadikan kepala kelihatan lonjong lantas mengubah bentuk muka pengantin setelah dipakaikan tudung.

“Cara ikatan tudung juga perlu dipelbagaikan seperti melalui ekor tudung yang dibentuk V atau dipakaikan serong sesuai bentuk wajah pengantin. Bagaimanapun, mereka yang berwajah bujur sirih paling beruntung kerana boleh menggayakan hampir semua cara ikatan tudung,” katanya.

Kini butik Syahirah yang diambil daripada perkataan Arab bermaksud kelembutan wanita Mesir menjadi buah mulut ramai orang, malah pelanggan yang datang ke butik Ismail datang dari pelbagai tempat termasuk Brunei dan Singapura.

“Maklum balas yang diterima membuatkan saya semakin tabah untuk terus menghasilkan busana pengantin muslimah dan bersyukur kerana kejayaan saya adalah berkat doa mereka,” katanya.

INFO

# Untuk mendapatkan khidmat Ismail (Pereka fesyen dan pemilik Butik Pengantin Syahirah) anda boleh berkunjung ke No 5, Jalan Bunga Kertas 1B/2, Bukit Sentosa, Rawang atau hubungi 013-3707945 atau 03-60215946.

# Menyediakan tiga jurusolek wanita yang bertanggungjawab menyolek dan memakaikan tudung pelanggan.

# Menyediakan pakej untuk sewaan baju pengantin serendah RM2,150 hingga RM6,000, sewaan pelamin, layah dan selendang Syahirah serta menerima tempahan jahitan baju pengantin.

Oleh Siti Nur Almizan Aripin


Hapuskan Badan Berbau. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Panduan Memikat Wanita
Panduan Memikat Wanita. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Panduan Cinta Untuk Wanita
Panduan Cinta Untuk Wanita. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Sila klik sini