Cara betul penggunaan tali pinggang keselamatan

Wanita hamil

* Tanggalkan pakaian yang tebal supaya tali pinggang keselamatan berada serapat yang mungkin dengan tubuh.

* Tarik tali pinggang riba ke atas paha, dalam kedudukan mendatar di bawah perut.

* Pastikan tali pinggan torso yang menyerong diletakkan di antara payudara dan tarik dengan kemas.

* Ketika memandu, pastikan anda menyesuaikan tempat duduk pemandu dan stereng dengan betul supaya anda dapat mengawal kereta sepenuhnya.

* Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan tidak kira di mana anda duduk di dalam kereta. Sama pentingnya ialah keperluan memakainya dengan betul.

* Berada dalam lingkungan selesa antara stereng dan pedal, dengan memberikan sebanyak mungkin ruang antara stereng dan bahagian atas tubuh.

Kanak-kanak

* Semua kanak-kanak hendaklah dipakaikan dengan tali pinggang keselamatan dengan betul setiap masa.

* Anak tidak boleh dibiarkan duduk di tempat duduk penumpang hadapan jika beg udara aktif.

* Kanak-kanak kecil harus diletakkan di tempat duduk kanak-kanak dengan kedudukan mereka memandang ke belakang selama mungkin, sekurang-kurangnya sehingga mereka mencapai usia tiga hingga empat tahun atau sehingga ketinggian mereka melampaui kerusi.

* Leher kanak-kanak tidak cukup kuat untuk menahan kesan kecederaan disebabkan oleh kemalangan dan kepala mereka lebih besar dengan nisbah tubuh mereka sendiri jika dibandingkan dengan orang dewasa.

* Gunakan cermin kanak-kanak dalaman apabila anda memandu untuk mengawasi anak anda yang berada di tempat duduk belakang.

* Pada sekitar empat tahun, kanak-kanak boleh dipalingkan ke hadapan dengan menggunakan tali pinggang keselamatan standard yang digabungkan bersama kusyen yang ditinggikan dengan kedudukan tali pinggang.

Sebarang maklumat lanjut, layari www.volvocars.com.my.


Rahsia Hukum Tarikan, keterangan lanjut, KLIK SINI


Rahsia Kuruskan Badan, info lanjut, KLIK SINI