Denggi

Tip Mengelak Serangan Denggi

Tip Mengelak Denggi

Sebagai ibu bapa bagaimana kita boleh mengurangkan kebarangkalian anak dijangkiti penyakit demam denggi?

Memang tiada vaksin untuk mencegah denggi dan cara terbaik untuk melindungi anak ialah dengan mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap nyamuk yang menyebarkan virus tersebut.

Nyamuk membiak di dalam air bertakung dan cuaca yang panas serta lembap.

Jadi, pastikan rumah dan kawasan sekitar bebas daripada air bertakung yang terbuka, tumbuh-tumbuhan mati dan pasu bunga kosong, terutamanya pada musim monsun apabila air hujan tidak dapat mengalir dengan baik.

Kebanyakan nyamuk dan serangga memasuki rumah pada ada waktu fajar dan senja.

Jadi pastikan semua tingkap dan pintu telah ditutup ketika waktu itu. Jika gunakan lingkaran elektrik, atau pengewap cecair untuk menghalang kemasukan serangga dan haiwan perosak, pastikan semua ini dimatikan sebelum bayi masuk ke bilik. Alat-alat elektrik yang menggunakan gelombang ultrabunyi dan elektromagnetik untuk menghapuskan serangga perosak juga boleh diperoleh di pasaran.

Peranan ibu bapa penjaga dalam bertindak atas kesedaran ini boleh dimulakan dengan memakaikan anak dengan baju berlengan panjang dan seluar panjang, terutamanya apabila dia ke taman atau taman permainan.

Pakaian berwarna cerah juga adalah lebih baik daripada pakaian berwarna gelap.

Selain itu, laburkan sedikit wang untuk memasang jaringan nyamuk pada tingkap dan gunakan krim dan penyembur berasaskan minyak serai wangi atau penghalau nyamuk jenis herba.

Untuk bayi yang lebih kecil dan tidak boleh meniarap lagi boleh diletakkan di dalam kelambu semasa tidur. penghawa dingin juga boleh membantu menghalang nyamuk sebab pintu dan tingkap bilik selalunya akan ditutup.



Next Page »