Kepercayaan Dan Adat

Hukum menanam uri bayi

Menanam uri bayi

Adakah terdapat kesan terutamanya masalah kesihatan sekiranya saya melambatkan proses menanam uri bayi selepas anak dilahirkan?

Sehari selepas isteri melahirkan anak, saya pulang ke rumah agak lewat malam sehingga tidak sempat menanam uri berkenaan. Ada saudara memarahi saya kerana lambat menanam uri itu dengan alasan ia akan kemudaratan bayi kelak.

Benarkah kita perlu mengasapkan tempat uri itu ditanam dengan sabut apabila berlaku bayi senak perut?

Jawapan

Tiada hukum khusus yang berkaitan dengan menanam uri bayi. Sebaiknya, anda perlu membersihkan uri itu kemudian menanamnya.

Secara umum, ia bertujuan bagi mengelak binatang daripada memakannya atau mengelak ia berbau busuk. Ia tidak ada kaitan dengan kemudaratan atau kesihatan bagi bayi anda.

Begitu juga dengan mengasapkan tempat uri ditanam, tiada alasan kukuh dan sandaran hukum untuk berbuat demikian.



Next Page »