Tips keselamatan untuk pemandu
Tips keselamatan untuk pemandu
Memandu adalah antara perkara biasa bagi kita yang boleh memandu dan memiliki kenderaan untuk melancarkan aktiviti harian seperti ke tempat kerja, namun ada beberapa perkara penting yang sering kita abaikan dan ambil mudah.
Untuk mula memandu, anda perlu merancang perjalanan terlebih dahulu untuk mengelak keadaan menjadi kelam kabut apabila destinasi ditukar-tukar ketika memandu. Para pemandu adalah sangat tidak digalakkan untuk memandu ketika saat-saat akhir. Oleh itu, rancanglah perjalanan anda supaya anda lebih bersedia dan tidak terburu-buru.
Jika anda mengantuk, letih, pening, mabuk atau tidak mempunyai fokus yang tinggi akibat tekanan (stress) ataupun marah, oleh itu anda perlulah menangguhkan dahulu perjalanan anda walaupun untuk jarak yang dekat.
1. Jangan terlalu dekat dengan kenderaan di hadapan
Jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan hadapan sekurang-kurangnya dua saat untuk mengelakkan daripada berhenti secara mengejut. Perkara ini boleh membahayakan penumpang di dalam kereta anda dan kenderaan belakang kerana anda mungkin tidak akan sempat membrek sekiranya anda mengekori kenderaan hadapan terlalu rapat. Lakukannya untuk mengelakkan daripada kejadian langgar belakang berlaku.
2. Jangan malas memberikan isyarat
Jangan malas memberikan isyarat (signal) dan mematuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.
Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong. Pastikan keadaan selamat barulah lakukan pertukaran lorong.
3. Jangan memotong jika anda teragak-agak
Pastikan tiada kenderaan di lorong yang bertentangan sebelum memotong. Elakkan daripada memotong di bahagian selekoh atau jalan yang berbukit kerana selalunya di kawasan ini anda tidak dapat melihat kenderaan yang datang dari arah hadapan. Anda hendaklah mematuhi setiap garis panduan keselamatan semasa memotong.
4. Jangan menyalahgunakan lorong kecemasan
Jangan menyalahgunakan lorong kecemasan atau memotong barisan. la bukan sahaja membahayakan semua pengguna tetapi sangat biadap. Jangan memotong barisan terutamanya ketika di plaza tol kerana perbuatan ini adalah seperti `pencuri’ dan amat tidak sopan.
5. Jangan mencelah di antara kenderaan Hentikan sikap suka mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain. Sikap yang tidak bertanggungjawab ini haruslah dibuang dan tidak harus diamalkan serta salah di sisi undang-undang. Anda boleh disaman jika didapati bersalah!.
6. Jangan memecut apabila menghampiri tol Jangan memecut apabila menghampiri tol kerana ia membahayakan kenderaan lain yang perlahan. Pastikan anda ikuti lorong yang betul sama ada anda ingin ke lorong tunai mahupun ke lorong Smart Tag atau Touch n Go.
7. Pasangkan lampu ketika hujan Pasangkan lampu ketika hujan dan memandulah secara perlahan. Pastikan jarak kenderaan anda agak jauh dari kenderaan di hadapan.
Namun elakkan daripada menggunakan lampu tinggi jika terdapat kenderaan di hadapan kenderaan anda. Hal ini boleh menyebabkan pemandu lain silau dan tidak nampak jika anda menggunakan lampu tinggi kenderaan anda itu.
Patuhilah setiap peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Semua peraturan yang dibuat ini bukan semata-mata untuk menyusahkan anda malahan ia sebenarnya adalah untuk keselamatan anda dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Amalkanlah sikap bertimbang rasa dan hormatilah pengguna jalan raya yang lain.









