Darah haid tak berhenti
Saya baru saja mendirikan rumah tangga tahun ini. Masalahnya sejak tiga bulan lalu hingga ke hari ini, saya mengalami pendarahan yang tidak henti yang mana saya perlu memakai tuala wanita setiap hari sehingga kini.
Saya mula didatangi haid pada 7 Mei lalu dan ia masih tidak berhenti. Saya tidak tahu bagaimana amalan pada bulan puasa ini tetapi saya berpuasa dan solat seperti biasa walaupun pada masa sama, saya mengalami pendarahan.
Saya sudah membuat ujian UPT tetapi hasilnya negatif. Saya ada berjumpa dengan doktor pakar sakit puan yang lain dan mereka hanya memberikan saya pil Diane untuk dimakan selama 21 hari setiap bulan.
Sehingga hari ini setelah makan pil terbabit, tiada tanda perubahan. Untuk pengetahuan doktor, saya agak lemah tetapi kuatkan diri untuk menguruskan hal seharian. Saya tidak dapat mengamalkan suruhan Allah dengan baik kerana perlu kerap menukar seluar dan tuala wanita selain saya tidak dapat menjalankan tugas saya sebagai seorang isteri untuk melayan suami.
InsyaAllah hujung tahun ini saya akan melanjutkan pengajian PhD dan perlu menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Adakah keadaan saya ini menyukarkan saya untuk hamil? Apakah pandangan doktor mengenai rawatan penyakit saya ini?
Jawapan
KEBANYAKAN pesakit kini lebih prihatin mengenai kesihatan mereka. Bukan saja mereka mendapatkan pemeriksaan doktor, mereka juga lazimnya bertanya lebih lanjut sekiranya tidak berpuas hati dengan penerangan yang diberikan atau pergi mendapatkan pandangan atau pemeriksaan kedua dengan doktor lain. Alam siber juga membolehkan mereka mendapatkan informasi lanjut.
Sebagai pesakit, anda berhak mendapatkan penerangan mengenai diagnosis yang diberikan doktor, punca sebenar masalah haid anda, pilihan rawatan yang ada, pemeriksaan susulan serta penilaian mengenai peluang anda sembuh sepenuhnya juga sama ada ia memberikan kesan sampingan yang lain misalnya masalah kesuburan yang anda utarakan.
Kebanyakan punca masalah haid adalah dari ovari ataupun dalam rahim itu sendiri, kadangkala ia boleh berpunca daripada peradangan atau penyakit serviks (pintu rahim) dan lebih jarang lagi, dari faraj.
Walaupun ujian UPT negatif, doktor boleh mengulangi dengan ujian yang lebih tepat iaitu ujian darah bhCG untuk mengecualikan kemungkinan kehamilan atau keguguran. Anda juga mungkin sudah menjalani ujian darah yang lain serta imbasan ultrabunyi pelvis. Tidak mustahil sekiranya anda mengalami kekurangan darah (paras haemoglobin darah yang rendah) akibat pendarahan setiap hari dalam tempoh yang lama.
Rawatan hormon perancang termasuk yang anda ambil mengandungi kedua-dua hormon estrogen dan progestin yang menyerupai tindakan hormon yang dikeluarkan oleh kedua-dua ovari kita. Hormon ini mempengaruhi pertumbuhan atau penebalan, pematangan dan pengeluaran lapisan endometrium yang membentuk haid jika kita tidak hamil.
Rawatan hormon ini bersifat sementara untuk ‘mencantikkan’ haid anda, bukannya merawat punca asal. Sepatutnya dengan pengambilan pil perancang, haid bukan saja teratur, malah kuantitinya juga sedikit saja, melainkan jika seseorang terlupa mengambilnya mengikut aturan ataupun sebenarnya ia bukanlah masalah hormon.
Jika masalah masih tidak selesai, anda mungkin akan diminta menjalani pemeriksaan lanjut secara pembedahan kecil menggunakan teropong kecil yang dimasukkan ke dalam ruang rahim dan mengambil biopsi jika perlu.
Oleh Dr Adilah Ahmat










saya ieqa,berusia 22tahun,dan saya mempunyai masalah kitaran haid yang tak teratur.dan keluar dengan kuantiti yang banyak,semenjak saya berusia 13tahun sehingga kini.Badan saya kerap kali lemah,hilang selera makan,berat badan turun dengan mendadak,dan setiap 3bulan sekali,saya akan di masukkan ke hospital untuk tukar darah…Ubat yang doktor bagi juga tidak memberikan ape2 perubahan.. saya letih jika terus begini.pergerakan saya agak terbatas..
Say berumur 30 tahun dan telah pun berkhawin…Haid saya memang tidak teratur sebelum perkhawinan saya..Apabila saya berjumpa doktor, beliau mengatakan apabila saya mendirikan rumah tangga ianya akan teratur dengan sendiri..Tetapi pada 16.feb.2012, haid saya telah datang dengan banyak selama 14 hari tanpa henti..Selepas itu ianya akan keluar dalam kuantiti yang memang sedikit bersama-sama keputihan sehingga ke hari ini iaitu 28.03.2012..Saya pernah membuat pedsmaer test pada bulan oct 2011..Doktor kata semua dalam keadaan baik…Apabila saya hendak pergi berjumpa doktor, darah itu tidak akan keluar. Saya boleh buat kesimpulan, setiap hari ianya akan keluar 5 titis darah yang berwarna merah dan bercampur coklat…Tolonglah saya doktor…
Salam kepada doktor, saya isya dari damansara. saya telah berkahwin dan mendapat seorang cahaya mata. Selepas bersalin dan habis darah nifas selama 45hari saya sudah tidak didatangi haid selama 3 bulan. saya merasakan ianya normal kerana saya telah mencari maklumat tentang kitaran haid selepas bersalin akan menjadi lambat akibat ketidakstabilan hormon wanita. saya kemudiannya menjadi risau jika saya hamil lagi pada bulan ketiga tidak hamil dan melakukan pregnancy test tetapi hasilnya negatif..kemudian saya dan suami melakukan pemeriksaan doktor untuk mengambil perancangan keluarga melalui suntikan. selang beberapa minggu kemudian saya datang haid kembali dan sehingga kini saya masih lagi ada haid..sudah hampir sebulan saya didatangi haid dan menyukarkan saya melakukan ibadah kepada Allah. Apakah nasihat doktor terhadap masalah saya ini..harap dapat bantuan dan nasihat. Terima kasih-Isya
salam,saya nur syafina dari kuching sarawak…saya sudah berkahwin tapi belum lagi ada cahaya mata…masalah saya sudah nak sebulan lebih saya punya haid belum henti lagi….bukan sekali saya kena macam ini..tahun lepas ada juga saya kena haid tak juga henti2….lepas tu datang balit setelah 2 bulan saya tak datang kain….adakah faktor apa penyebab saya datang haid tak henti2…saya dalam kebinggungan….ada kah kemungkinan keadaan saya macam ini tidak dapat hamil….berat badan saya 100kg dan tinggi 152….adakah kerana berat badan???saya takut hendak jumpa doktor kerana saya takut akan keputusan sakit???tugas saya untuk melayan suami pun terbantut kerana datang haid tak henti2….nak solat nak mengaji pun saya susah…tapi keadaan saya cergas tidak pucat maupun lesu…sentiasa cergas cuma cepat mengantuk bila datang haid tak henti2 sampe sekarang.harap doktor dapat memberi saya jawapan ini….
salam, sy izza berumur 27thn dan mempunyai 3org anak. pada bulan jan lepas sy mula mengambil suntikan perancang. pada bulan pertama haid saya banyak hingga 2minggu.masuk bulan feb haid saya sikit2 tp berpanjangan hingga 2 minggu..selebihnya sikit.saya ingin tahu apakah masalah yg sy alami, adakah kaedah suntikan memang begini hingga mengganggu ibadah atau saya perlu guna perancang lain
usia saya 30thn,saya mau menanyakan apakah ada masalah pada rahim saya pasca keguguran 2x tanpa sebab,apakah saya masih bisa hamil dan bisa melahirkan bayi saya dengan selamat,mengetahui akhir akhir ini saya mengalami haid yang sudah 3buln tidak berhenti,saya sudah berobat dan berbagai pengobatan sudah saya lakukan tapi tidak ada hasil.mohon penerangannya apa yang harus saya lakukan..terimakasih