Doc-K bantu pulih sakit pinggang : Testimoni
3 kotak Doc-K bantu pulih sakit pinggang
“Sebelum ini saya mengalami sakit dari paras pinggang hingga ke kaki menyebabkan saya tidak boleh banyak bergerak. Saya berpantang mengambil makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan,” kata Md Shukor Sulaiman.
Md Shukor, 51, dari Pekan, Pahang berkata, dia pernah mengambil produk lain sebelum ini untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan pada kakinya, tetapi pemulihan hanya sementara sebelum ia kembali sakit beberapa jam kemudian.
Dia berkata, selepas terbaca dalam akhbar Harian Metro mengenai produk Doc-K keluaran dR Rozmey Group (dRG), dia tertarik menggunakan produk itu, malah yakin selepas terbaca testimoni yang pernah menggunakannya.
“Saya terus menghubungi seorang daripada pengedar aktif dRG iaitu Rozie Md Zain untuk bertanya lebih lanjut mengenai produk itu malah dia mengesyorkan saya membelinya untuk mengurangkan kesakitan.
“Saya terus membuat pesanan melalui Rozie dan alhamdulillah selepas menghabiskan tiga kotak produk Doc-K, saya dapati ada perubahan berlaku apabila sakit dari bahagian pinggang ke aras bawah kaki berkurangan malah angin dalam badan juga beransur hilang,” katanya.
Md Shukor berkata, dia kini boleh menikmati makanan kegemarannya terutama tempoyak dan semua makanan pantang lain sebelum ini kerana produk Doc-K mampu mengurangkan kesakitan dialami.
Sehubungan itu, mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai produk itu boleh menghubungi di talian 017-9878073 atau penajanya, Rozie Md Zain di talian 019-6038194.
Sementara itu, Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, enam produk utama keluaran dR Rozmey Group (dRG) kini berada semula di pasaran berikutan ketiadaan bekalan sejak hampir tiga bulan lalu akibat permintaan tinggi.
Beliau berkata, semua enam produk keluaran dRG iaitu Jus Mate 5 (JM5), dR-II, Doc-K, dR101, dRQ10 dan dR-Betes mendapat sambutan menggalakkan dari pengguna dan kini boleh terus dibeli di kaunter dRG atau pengedarnya yang sah.
Dalam pada itu, beliau berkata, peraduan beli dan menang yang baru dilancarkan kini bermula dengan tawaran hadiah bernilai RM1.5 juta serta hadiah utama sebuah kereta BMW 320i.
Beliau berkata, peraduan itu bermula semalam dan berakhir 31 Januari 2013 dengan tawaran hadiah kereta lain termasuk dua Perodua Myvi dan sebuah motosikal Kawasaki Superbike ER-6N dan 20 motosikal Yamaha LC 135.
Katanya, tujuan peraduan ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan sokongan pengguna serta rakyat negara ini yang menggunakan produk hasil formulasi beliau serta meningkatkan perniagaan yang beliau usahakan selama ini.
“Ia juga sebagai tanda terima kasih pengguna yang mempercayai produk keluaran dRG yang sekian lama berada di pasaran sehingga mampu meraih kegemilangan dan membina empayar perniagaan produk kesihatan di negara ini.
“Syarat peraduan itu cukup mudah apabila pengguna hanya perlu membeli tiga kotak produk dRG bagi melayakkan mereka menyertai peraduan ini yang turut menawarkan hadiah berupa 20 pakej umrah dan ziarah.
“Pengguna juga berpeluang memenangi 20 unit Samsung Galaxy Tab 10.1 dan 20 unit iPad 3 selain hadiah bulanan berupa 500 unit kamera Nikon DSLR D3000 dan 500 unit televisyen Samsung 32 LED,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, semua pengguna dinasihatkan membeli produk melalui kaunter dRG atau pengedar aktif sah syarikat kami untuk mendapatkan produk asli keluaran dRG bagi mengelakkan terbeli produk tiruan yang membahayakan pengguna.
Katanya, pesanan dihantar terus kepada pengguna melalui ibu pejabat dRG di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah menggunakan perkhidmatan Skynet secara percuma di seluruh Malaysia.
“Pengguna boleh melayari laman web rasmi dRG di www.herbaprima.com.my atau Facebook www.facebook.com/datukdrrozmeyhpm atau melayari enjin pencarian dRG www.drplaces.com atau menghantar emel dRG di sales@herbaprima.com.my.
“Mereka juga boleh menghubungi talian 017-4589508 /012-5237051 / 017-4279827 atau 04-9164258/ 04-9178026 / 04-9178034 atau faksimile di talian 04-9173645 atau 04-9175867,” katanya.









