Dr Jism – Mesin terapi pecah lemak

DR Jism adalah produk diperakui di peringkat antarabangsa yang mampu membantu merawat pelbagai penyakit kronik serta memecahkan lemak dalam salur darah.

Ia juga mempunyai kelebihan dalam kepelbagaian fungsi yang tidak ada pada mesin terapi lain dengan lima fungsi iaitu voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.

Rawatan terapi medan elektrostatik pada asasnya meng gunakan kaedah getaran elektrik bagi melancarkan serta memecahkan lemak pada kapilari darah.

Salur darah yang tersumbat ini menjadi punca penyakit kronik seperti darah tinggi dan strok. Kaedah rawatan alternatif ini pula menyaksikan penggunaan mesin terapi.

Dr Jism dapat membantu merawat penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, strok, gout, batu karang, asma, Par kinson, tekanan, lemah syahwat, senggugut, haid tidak te ratur, penuaan dan lemah sendi.

Pesakit Parkinson, Juned Mustafa, berkata dia menghidap penyakit itu tujuh tahun lalu yang menyebabkan tangan selalu menggeletar sehingga sukar melakukan kerja harian.

“Selepas enam kali terapi, saya gembira kerana penyakit Parkinson tiada lagi.

“Saya dapat tidur dengan nyenyak pada waktu malam, malah boleh berjalan dengan cepat tanpa menggunakan tongkat. Syukur kepada Allah,” katanya.

Pesakit kencing manis dan darah tinggi, Ahmad Bosah, berkata dia mempunyai masalah kencing manis, tekanan darah tinggi serta sakit lutut.

Namun, katanya, selepas tujuh kali terapi, dia bersyukur kerana bacaan gula menurun dan tekanan darah tinggi stabil.

Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar, Mohd Kamaruzaman Che Hussain, berharap mesin itu dapat membantu orang ramai mendapatkan kehidupan yang lebih sihat.

“Kini, Al Jabbar Healthcare melancarkan promosi be sar-besaran dengan setiap pembelian mesin terapi elek trostatik Dr Jism bulan ini, anda boleh memenangi hadiah percuma seperti kerusi urut berharga RM4,400 dan urut kaki,” katanya.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini boleh menghubungi 03-87379476 atau 03-87346372.

Layari juga www.aljabbar.com.my atau datang sendiri ke No 13, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, 43000 Kajang, Selangor.