Hubungan intim suami isteri

ADA lelaki sanggup menghampakan permintaan isteri dengan alasan tidak mahu berdepan masalah lemah dan lesu selepas menjalin hubungan intim.

Malah, ada lelaki seperti itu menganggap situasi berkenaan sebagai masalah apabila menyifatkan ia mengganggu rutin harian, terutama ketika mahu melakukan pekerjaan tertentu.

Hakikatnya, lelaki yang ada tanggapan sedemikian silap! Hubungan intim memberi pelbagai nikmat kepada pasangan berkahwin.

Untuk lelaki, ia mengghairahkan dan membuatkan perjalanan darah dalam badannya bergelora.

Ketika melakukan gerakkan intim, semua ototnya langsing dan aktif. Ketika bergerak aktif, perjalanan darah dalam badan lancar, pernafasannya meningkat, degupan jantungnya juga meningkat dan ketika di kemuncak, semua sistem dalam badannya bergelora sehingga berdepan keadaan yang sangat selesa.

Semua itu hasil tindak balas pengeluaran kimia beta-endorfin, oxitocin dan vasopressin. Kimia itu menyegarkan badan, memberi keriangan dan rangsangan.

Bagi lelaki yang kurang selesa kerana bimbang kesan hubungan intim menjadikannya lemah dan lesu, ia fikiran atau tanggapan yang tidak betul.

Memang ada segelintir lelaki percaya mereka akan letih selepas mengeluarkan air mani, seolah-olah pengeluaran air mani melemahkan badannya.

Sebenarnya, fenomena ejakulasi akan diikuti dengan letih dan lesu. Ia bukan masalah, tetapi perubahan biasa dan ada kaitan dengan pengeluaran kimia Beta-Endorfin.

Bukan sekadar lemah dan letih, tetapi kimia itu menyebabkan rasa mengantuk dan mahu terus tidur. Begitupun, biasanya kesan itu memberi rasa lega dan ceria pada keesokan hari.

Daripada perspektif Islam, hubungan intim adalah ibadat dan bayangkan ganjaran yang Tuhan beri kepada pasangan berkahwin, selain cahaya mata.

Ia cukup untuk dijadikan sebagai motivasi bagi pasangan berkahwin. Gunakan kebijaksanaan untuk mengubah sikap dan fikiran berkenaan.

Sepatutnya pada zaman muda ini, manfaatkan hubungan intim dengan bijak. Jangan pula apabila sudah berumur baru timbul perasaan kesal.

~ Dr Ismail Thamby