Hukum Mandi Bogel

Hukum mandi bertelanjang di khalayak ramai adalah haram. Hukum mandi bogel walaupun di tempat yang tertutup adalah makruh. Tidak ada hadis sahih yang menyatakan amalan kita tidak dikira selama 40 hari.

Allah maha melihat lagi maha mengetahui. Tanamkanlah perasaan malu dan tunduklah kepada Pencipta. Kita digalakkan supaya mandi menggunakan kain basahan atau sebagainya bagi mematuhi adab-adab ketika mandi.

Terdapat hadis daripada Mu’awiyah bin Haidah RA. yang menceritakan; Aku telah bertanya Rasulullah; “Ya Rasulullah! Bilakah masanya wajib kami tutup dan bila masanya harus kami buka?”

Jawab baginda : “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau kepada hamba yang kamu miliki”. Aku bertanya lagi, “Bagaimanakah jika sekiranya seseorang daripada kami sedang bersendirian?” Nabi menjawab : “Allah lebih layak untuk kamu malu daripada manusia” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan).