iGrow atasi masalah botak

Masalah rambut gugur sememangnya menjejaskan penampilan diri. Bukan sahaja wanita, masalah itu turut menghantui kaum lelaki. Percaya atau tidak, lebih 10 juta penduduk dunia mengalami masalah keguguran rambut. Sebab itu rawatan masalah botak menjadi umpama industri yang berkembang pesat.

Pelbagai tawaran di pasaran untuk mengatasi masalah keguguran rambut. Begitu juga dengan penghasilan pelbagai produk di pasaran. Namun hasilnya belum dapat dipastikan.

Seorang wanita pernah mengadu berbelanja hampir RM10,000 untuk merangsang pertumbuhan rambutnya. Tetapi usahanya sia-sia. Sehingga sekarang dia masih mengalami masalah keguguran rambut malah sebahagian kepalanya kini botak.

Punca keguguran rambut

Genetik, hormon, persekitaran, stres, diet dan aktiviti harian boleh menjadi punca rambut gugur. Penyelesaian biasa adalah dengan mengambil vitamin seperti riboflavin (B2), niacin (B3), biotin dan zink. Malah senaman juga membantu merangsang pertumbuhan rambut. Namun masalah keguguran rambut tidak mudah diselesaikan dengan mengambil vitamin atau membeli syampu yang pelbagai di pasaran.

Menurut Dr. Nurhalina Azly Minhat, bagi individu bermasalah, rambut baru yang tumbuh selalunya nipis dan tidak tahan lama seperti rambut bayi. Sebab itu, peringkat pertama menyaksikan rambut tumbuh tetapi kemudiannya gugur semula. Keadaan itu juga disebabkan kulit kepala yang tidak sihat.

Kekurangan hormon yang menyebabkan keguguran rambut (DHT) bagi lelaki dan ketidakseimbangan hormon di kalangan wanita menyebabkan folikel menghasilkan anak rambut yang nipis.

“Begitu juga masalah pengaliran darah ke folikel yang berkurangan menyumbang kepada keguguran rambut,’’ kata pemilik Timeless Anti-Aging & Skin Rejuvenation Clinic itu.

Teknologi

Selain pusat rawatan dan lambakan produk untuk rambut sihat, teknologi turut menawarkan kaedah terkini bagi mengatasi masalah keguguran rambut.

Apatah lagi perkembangan rawatan menggunakan laser yang begitu pesat tidak mengetepikan ciptaan untuk merangsang pertumbuhan rambut di kalangan individu bermasalah.

iGrow antara teknologi laser terkini yang hampir setahun berada di pasaran dan mendapat sambutan orang ramai yang mahukan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Menggunakan terapi cahaya tahap rendah (LLLT), teknologi dari Amerika Syarikat (AS) itu terbukti berupaya merangsang pertumbuhan rambut sekali gus mengatasi masalah botak.

Menariknya tentang peralatan seakan topi keledar itu adalah ia mudah digunakan serta boleh dibawa ke mana-mana. Ini bermakna anda tidak perlu mengunjungi salon rambut untuk menjalani rawatan sebaliknya dengan iGrow, rawatan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Hanya dengan pasangkan iGrow di kepala, hidupkan suis, LLLT kemerahan akan melakukan kerja-kerja merawat kulit kepala. Dengan gelombang sekitar 655 ke 670 nanometer, kaji selidik mendapati aktiviti selular di dalam folikel meningkat.

Terapi LLL menyebabkan sel-sel dalam folikel aktif dan saling merangsang untuk membolehkan rambut tumbuh seperti biasa.

Menarik tentang iGrow, rawatan bersesuaian dengan gaya hidup masa kini. Tiga sesi rawatan seminggu (selang sehari) selama tiga bulan menjanjikan masalah keguguran rambut tidak lagi menghantui anda. Bagi mereka yang tidak bermasalah, iGrow boleh digunakan seminggu sekali untuk memastikan kulit kepala, folikel rambut sihat.

Harga di pasaran antara RM2,500 dan RM3,000. Dibandingkan dengan rawatan di salon, tentunya iGrow lebih memuaskan kerana jangka hayatnya yang lama selain boleh digunakan seisi keluarga. Untuk keterangan lanjut hubungi Timeless di 03-78808486 dan 017-2661868 atau kunjungi klinik-klinik estetik. iGrow dibawa oleh NeoAsia (M) Sdn. Bhd.

Oleh NORAINI ABD. RAZAK