Kehamilan: Menu ibu mengandung

Menu ibu mengandung

Anak sihat dan cerdas selalunya dikaitkan dengan pemakanan ibu ketika mengandungkan bayi berkenaan. Pelbagai petua dicari untuk diamalkan ibu mengandung bagi memastikan anak yang dilahirkan sihat sepanjang proses pembesarannya.

Selain faktor emosi yang perlu dijaga ibu mengandung, makanan juga antara perkara yang perlu diberi perhatian kerana nutrisi yang bermutu akan memberi kelebihan kepada bayi dalam kandungan.

Susu ibu

Zat mahupun vitamin memang diperlukan oleh tubuh badan baik dewasa mahupun kanak-kanak apatah lagi bayi dalam kandungan. Jika kekurangan zat, janin mungkin tidak boleh membesar mengikut kebiasaan.

Kepentingan nutrisi adalah berterusan dalam fasa kehidupan individu. Selepas kehamilan dan bayi dilahirkan, ibu perlu menyusu bayi. Susu ibu adalah nutrisi asas terbaik untuk kelangsungan tumbesaran bayi yang baru dilahirkan. “Jangan sekali-kali memberi makanan selain susu ibu ketika bayi berusia kurang daripada enam bulan. Selepas usia enam bulan, barulah ibu boleh memikirkan nutrisi lain kepada bayi seperti jus buah mahupun makanan yang dimasak di dapur sendiri.

Ibu disarankan menerapkan jadual nutrisi yang betul kepada anak sejak kecil. Apabila dibiasakan dengan peraturan anak boleh menerima menu sihat yang disarankan.

Untuk memenuhi keperluan nutrisi anak, pelbagaikan makanan seperti ikan dan ayam termasuklah sayur dan buah penting bagi proses tumbesaran.Sama juga keadaannya dengan pengambilan susu yang tiada had kerana susu adalah keperluan seumur hidup. Sama ada susu segar atau susu rendah lemak, kita memang memerlukan kalsium untuk badan yang sihat.

Alah laktos

Mmasalah alah laktos yang sering dialami sesetengah individu berlaku kerana individu berkenaan berhenti mengambil susu.

Ramai individu mengalami alah laktos dan tidak gemar minum susu, hal ini bukan alasan untuk mereka mengabaikan pengambilan susu kerana susu menyumbang sebahagian besar vitamin untuk tubuh badan. Ibu mengandung perlukan susu termasuk juga folik bagi memastikan anak yang dikandung mendapat zat yang baik walaupun mereka masih dalam kandungan.

Panduan nutrisi sihat

– Pelbagaikan menu harian seperti ikan, ayam dan daging.

– Tukar corak pemakanan daripada goreng kepada rebus atau kukus.

– Sekiranya membeli buah, pastikan tiada lebam atau busuk pada buah.

– Pilih makanan bermutu untuk diberikan kepada anak.

– Untuk ibu mengandung, pilih makanan terbaik.

– Jangan membeli makanan yang dijual pada harga murah kerana tarikh luput sudah hampir.

– Jika membeli ayam, elakkan membeli ayam yang terdapat lebam atau kebiru-biruan pada badannya.’

– Minum banyak air putih.

– Elakkan pengambilan minuman bergas atau manis.

– Didik anak gaya hidup sihat

Oleh Shaidah Shafie