Kereta kabel Langkawi

Ingin melihat pemandangan alam di Langkawi daripada perspektif yang berbeza? Nikmatilah pengalaman yang menyeronokkan dengan menaiki kereta kabel sehingga ke puncak Gunung Machincang, Langkawi.

Para pengunjung berpeluang melihat keindahan Lautan Andaman dan keseluruhan kepulauan Langkawi sambil menikmati pemandangan cenuram anjur dan puncak batu tinggi yang amat mengagumkan. Dengan ukuran sepanjang 919.5 m, kereta kabel Langkawi ini, telah diperakui oleh Malaysia Book of Records sebagai The Longest Free Span Single Rope Cable Car di dunia.

Ia juga merupakan di antara cerun yang tercuram di dunia, pada kecerunan 42 darjah. Di bahagian tengah dan puncak stesen pula terdapat denai laluan serta platform pemandangan bagi membolehkan para pengunjung menikmati seterusnya keindahan panorama di persekitaran.

Satu lagi ciri-ciri pembinaan dan reka bentuk yang amat luar biasa mengenai kereta kabel ini adalah jambatan gantung yang menghubungkan stesen kabel dengan banjaran Gunung Machincang. Kereta kabel Langkawi ini terletak di Oriental Village, Teluk Burau lebih kurang 30 minit dari Pekan Kuah.

Selepas mengutip pengalaman bermakna menaiki kereta kebal, para pengunjung bolehlah singgah sebentar untuk membeli ole-ole cenderamata kenangan untuk di bawa pulang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Panorama Langkawi Sdn Bhd di talian 04-9594225.

Waktu Operasi Isnin – Khamis : 10 pagi- 6 petang Jumaat- Ahad : 9.30 pagi – 7 petang Rabu : 12 tengah hari – 6.00 petang Harga Tiket : Dewasa – RM15 (Malaysia) RM28 (Wagra asing) Kanak-kanak – RM10