LosKiloss Capsules – CAJM Healthworks

LosKiloss Capsules – CAJM Healthworks
CAJM Healthworks tampil dengan produk khusus bagi mengatasi masalah obesiti dikenali LosKiloss Capsules.

Dianggarkan 16.8 juta rakyat di Malaysia ketika ini mengalami masalah obesiti dan ia bukan hanya menjejaskan penampilan mahupun personaliti, malah terdedah kepada risiko penyakit berbahaya seperti jantung, diabetes, darah tinggi dan kerosakan buah pinggang yang menjadi perkara paling membimbangkan.

Pelbagai langkah alternatif diambil pengguna bagi menangani masalah ini, malah mereka tidak pun mengambil kira aspek harga serta keselamatan kaedah yang digunakan asalkan berkesan.

Bagaimanapun, masalah berat badan berlebihan yang dialami masih juga gagal diatasi sepenuhnya disebabkan beberapa faktor antaranya tidak dapat mengawal nafsu makan, memilih makanan berkolesterol tinggi, tidak bersenam, tidak mampu meneruskan pembayaran bagi pengambilan produk bantuan penurunan berat badan dan langkah alternatif terlalu rumit atau perlukan komitmen tinggi.

Bagi mengatasi masalah ini, LosKiloss Capsules diperkenalkan dengan objektif utama membantu pengguna menurunkan berat badan secara lebih mudah, selamat, mesra bajet dan berkesan.

Formula 100 peratus herba membantu menghalang pengumpulan lemak berlebihan dalam badan, melancarkan sistem penghadaman bagi penyingkiran lemak berlebihan dan mengurangkan selera makan berlebihan serta keinginan terhadap makanan berkolesterol atau gula tinggi.

Sejak berada di pasaran, majoriti pengguna berpuas hati mereka terhadap keberkesanannya apatah lagi harga bagi pek kegunaan sebulan hanyalah antara RM50 dan RM55 mengikut keperluan masing-masing.

LosKiloss Capsules hanya perlu diambil sekali sehari sebelum tidur namun pengguna dinasihati mengawal gaya pemakanan, banyakkan minum air kosong dan amalkan senaman minimum ke arah memastikan penurunan berat badan yang ideal dan sihat.

LosKiloss Capsules - CAJM Healthworks

Selain LosKiloss Capsules, permintaan terhadap produk keluaran CAJM Healthworks lain seperti I-Quit Solusi Berhenti Merokok dan I-Cleanse Power Salt semakin meningkat dari semasa ke semasa.

CAJM Healthworks membuka peluang kepada mereka yang berminat menjadi pengedar produk ini dengan modal serendah RM550.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan produk atau pengedar boleh menghubungi talian 012-3916391 (24 jam) atau 03-41496702 (waktu pejabat) atau lawati laman sosial Facebook I-Quit-Jom Berhenti Merokok.