Masalah onani dan testis bengkak

Doktor,
SAYA gemar melakukan onani. Apakah risiko yang saya peroleh daripada perbuatan saya yang suka beronani ini?

Dan saya dapati testis sebelah kiri saya lebih besar berbanding sebelah kanan. Kadang-kadang saya juga terasa sakit pada testis di sebelah kiri tersebut? Tolonglah saya doktor.

– PEMUDA RUNSING

———————————–

Pemuda Runsing,

Onani adalah aktiviti yang tidak akan menyebabkan sebarang masalah fizikal seperti mati pucuk atau penyakit prostat. Dan jika mengalami bengkak testis, ini mungkin tidak berkait dengan onani. Bengkak testis mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman, ketumbuhan atau pendarahan jika terlibat dengan kecederaan pada testis.

Saudara perlu berjumpa dengan doktor yang boleh membuat pemeriksaan lanjut dan jika perlu menjalani imbasan ultrasound untuk menentukan punca testis bengkak.

- Jawapan disediakan oleh Pakar Urologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Jamil Merican Mohd. Yacob.