Pelaris Perniagaan
Usaha mencari rezeki dan kekayaan dunia, menuntut kudrat dan akal manusia. Jika tidak, manakan wujud perumpamaan lama ‘rezeki tidak datang bergolek.’
Malangnya, ada segelintir masyarakat memilih jalan pintas dan terlalu taksub dengan kepercayaan dan amalan lama seperti pelaris perniagaan yang menggunakan sihir dan alat seperti tangkal, wang kertas tertentu serta batu geliga. Ada juga penyebar cerita mendakwa wujudnya penunggu atau jin diletakkan di restoran tertentu yang kononnya ‘menggamit’ pengunjung bertandang.
Belum lagi dicampur dakwaan mengaitkan penggunaan wang kertas RM1 bernombor siri awal dan ekor nombor 99 sebagai pelaris dan pendinding diri. Bagi menambah mujarab, wang kertas itu dihiasi sebaris ayat suci al-Quran yang didakwa juga berperanan sebagai pelaris.
Apa juga cara dan kaedah yang menjadi amalan segelintir peniaga yang inginkan untung, penggunaan bomoh atau pawang membekalkan tangkal atau azimat, terus menjadi buah mulut biarpun diketahui perbuatan mempercayai amalan sedemikian adalah haram kerana mengundang syirik.
Seorang pengamal perubatan yang hanya mahu dikenali sebagai Zulkifli, mengakui masih meneruskan petua tradisi berlandaskan amalan lama sebagai usaha membantu pelanggannya yang berdepan masalah perniagaan.
KAIN geliga turut digunakan segelintir peniaga.
“Sebenarnya penentu larisnya jualan itu terletak pada diri sendiri. Kebanyakan yang datang bertemu saya adalah pemilik kedai makan. Nasihat saya kepada mereka adalah mereka perlu ada tukang masak yang handal.
“Namun saya tidak nafikan, azimat seperti kain geliga dan bacaan surah tertentu juga menjadi sebahagian usaha membantu mereka. Ini seperti kepercayaan lama yang mendakwa menyimpan kain tertentu boleh menambah rezeki,” katanya.
Menurut kepercayaan lama, kain geliga terhasil apabila seseorang terserempak ular yang sedang mengawan dan lantas dicampakkan kain ke atas ular itu. Kain itu didakwa boleh memberi rezeki.
Enggan mendedahkan proses dilakukannya, Zulkifli mengakui mereka yang mahu mendapatkan khidmatnya bagi tujuan pelaris perniagaan diberikan ayat tertentu.
BARANGAN mistik sering dikaitkan dengan amalan syirik sesetengah individu bertujuan melariskan perniagaan atau pendinding diri.
“Mereka cuma perlu memohon kepada Allah SWT mengenai apa yang diharapkan kemudian memulakan langkah pertama dengan kaki kanan sebagai mengambil berkat.”
Tidak kurang juga yang berpegang kepercayaan kononnya bulu burung cenderawasih sebagai pelaris. Berikutan itu, tidak hairanlah harga bulu ini boleh mencecah ribuan ringgit. Begitu juga harga burung cenderawasih yang mati atau masih hidup, juga dijual pada harga puluhan ribu ringgit, seekor.
Sementara itu penceramah bebas, Mohd Fauzi Mustaffa, mendakwa pelaris perniagaan sememangnya digunakan secara meluas di kalangan masyarakat yang berniaga dan ingin melariskan jualan mereka.
“Pelaris perniagaan ini biasanya membabitkan penggunaan barangan tertentu sama ada secara tradisional iaitu bomoh. Bagaimanapun, berjumpa bomoh hanya kerana jualannya tidak bagus, makanan tidak sedap tetapi apabila ada sihir dilakukan bomoh membuatkan orang bertumpu di kedainya, adalah dilarang dan sememangnya haram bagi agama Islam.
“Selain itu, ada juga pelaris kedai dibuat menggunakan objek, gambar rajah, azimat atau tangkal. Perhatikan warung atau gerai makan yang meletakkan dalam bingkai, huruf tertentu dalam petak yang digabung seakan-akan menyamai ayat suci al-Quran atau doa tertentu tetapi tidak difahami langsung. Ia juga mungkin sejenis pelaris.
“Tanpa disedari, bingkai berkenaan boleh menyebabkan syirik kerana kita percaya ia boleh mendatangkan pulangan lumayan sedangkan yang memberikan rezeki kepada umat manusia adalah Allah SWT,” katanya.
Penggunaan pelaris, kata Mohd Fauzi, adalah dilarang kerana boleh mendatangkan syirik walau dengan niat sekadar satu usaha semata-mata.
“Sesiapa yang menggunakan pelaris dengan niat untuk kebaikan perniagaan dan diri sendiri, sebenarnya membabitkan orang lain juga iaitu apabila peniaga yang terpalit, boleh kerugian dan membawa muflis.
“Tindakan menjahanamkan usaha orang lain juga dilarang Islam. Apa dikesali, ada yang sanggup menggunakan santau dan sihir lain disebabkan hasad dengki,” katanya.
Mohd Fauzi yang juga pengamal perubatan Islam di salah satu pusat di Bangi, juga mendakwa pernah berdepan situasi pelik apabila didatangi seorang peniaga pasar malam yang mengadu gerainya langsung tiada pelanggan.
“Katanya, walaupun orang ramai lalu lalang, tetapi mereka melintas dan langsung seperti tidak pedulikan kewujudan gerainya. Keadaan itu memaksa saya sendiri ke sana.
“Rupa-rupanya gerai individu itu disihir mereka yang dengki sehinggakan kehadirannya lenyap dari pandangan mata orang ramai,” katanya.
Menurutnya, mengamalkan pelaris perniagaan yang sesat, meninggalkan kesan buruk kepada pengamalnya.
“Perbuatan itu sememangnya diharamkan dan ia juga satu perbuatan syirik selagi pengamalnya tidak bertaubat. Tiada keuntungan peribadi atau duniawi yang sedikit tetapi akhirnya kita masuk ke neraka hanya kerana kita percaya cara itu dapat membantu melariskan jualan melebihi kuasa Allah SWT.”
Oleh Siti Nur Almizan Aripin










Info yang menarik dan sangat berfaedah, gunalah cara yang di redhai Allah…jangan menggunakan jalan pintas mencari keuntungan kelak diri yang binasa.
Salam,
Pelaris perniagaan ni 1 prkara yg sngt mudah utk org brcerita, Semua org kata dia blh buat,Mcm2 cara d gunakan. Guna TANGKAL, BARANG2 PELIK, AYAT2 PELIK & MCM2 DOA, MCM2 AYAT QURAAN D GUNAKAN.. Itu smua cara salah..Sbenarnye ianye xsemudah yg d sangka..
Hanya org2 tertentu shj yg betul2 ada ilmu pelaris ni.Anda perlu blajar ilmu islam yg sebenar utk mndapat ilmu yg betul dr allah.
allah pun xkan beri ilmu2 dia yg hebat2 tu pd semua org, Hanya org2 yg terpilih & termampu shj yg blh mndapat ilmu2 yg betul dr allah.
Jika ilmu tu betul ilmu allah, keberkesananye mesti “gerrenti,” Sb itu ilmu dr allah..Tiada ilmu manusia yg blh mnghalang malaikat tu mnghantar rezeki kpd org yg perlu d hantar..
Ramai yg xpaham tentang rezeki.Tp ramai yg bercerita tentang rezeki ni spt dia dah tau segala2nye.
Anda perlukan masa sekurang2nye 20-30thn utk belajar ilmu rezeki ni shj..Ini la yg xramai yg mampu utk lakukan..
Ramai peniaga yg mngalami msalah dlm prniagaan berjumpa ustaz2 atau bomoh2 dgn harapan utk trus berjaya dlm prniagaan..
Tp semuanye masih gagal utk berjaya..Kerana ilmu rezeki ni allah tdk beri pd semua org.Cuma ada lebih kurang 4 org shj yg betul2 ada ilmu rezeki yg sebenar.& org2 ni memang tiada org kenal.( Org yg berugama semua org blh kenal, Tp org yg berilmu tiada org yg blh kenal..hanya allah shj yg tahu )
Ramai yg tertipu dgn ustaz2 & bomoh2 yg ada..Jika ilmu rezeki ni mudah utk dpt,dah tentu ramai org2 melayu yg kayaraya.
Jika rezeki anda tiada,anda selalu akn d jumpakan dgn org2 yg akn mndatangkan lagi masalah pd anda.Tuhan xkan bukakan hati anda utk berjumpa dgn org yg betul.
Anda sendiri perlu ada sedikit ilmu supaya anda blh dpt tahu betul atau tdk org yg anda jumpa tu betul2 ada ilmu yg anda inginkan..
Bukan semua org berpeluang utk dpt merasa kelebihan ilmu yg allah adakan.. allah hanya pilih beberapa org yg dia kehendaki.
Anda pasti akn mengabiskan masa & duit anda bila mncari pelaris yg anda inginkan. 99% anda pasti akn gagal..
Hanya sampai d sini shj.
livonia19@yahoo.com