Perkara membatalkan puasa

FIRMAN Allah: Wahai orang yang beriman, difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas umat terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Beberapa hari saja lagi, umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang di dalamnya terkandung satu lagi rukun Islam iaitu berpuasa.

Sehubungan itu, berikut disertakan beberapa panduan ringkas sebagai memperingati amalan berpuasa.

Syarat wajib puasa ada empat iaitu Islam, baligh, berakal dan suci daripada haid dan nifas.

Rukun puasa pula adalah berniat pada waktu malam iaitu sebelum terbit fajar dan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari.

Oleh yang demikian, hendaklah kita berusaha memperbaiki dan menjaga puasa kita sepanjang bulan Ramadan.

Hayatilah sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba bulan Ramadan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan (daripada merasuk mangsanya). (riwayat Muslim)