Petua Kencing Tak Lawas

Petua: Kencing tak lawas

Ramai lelaki mengalami masalah membuang air kecil; samada sukar atau tak puas/tak lawas. Ini amat menyukarkan kerana ia sedikit sebanyak mengganggu kita sewaktu menunaikan solat. Kita perlu sentiasa mempunyai kain yang extra untuk menyelesaikan masalah ini. Ini lebih sukar sekiranya kita membuat perjalanan jauh.
Ada beberapa cara/ petua orang tua-tua untuk mengurangkan masalah kencing tak lawas ini. Antaranya ialah :

i) selepas membuang air kecil, cuba batuk-batuk kecil beberapa kali

ii) jangan kencing berdiri
iii) ambil telur puyuh 3 biji, gula batu anggaran sebesar 2 jari, air nasi yang mendidih pada
anggaran 5 sudu besar . Gaul/kacau kesemuanya sampai hancur. Minum ramuan ini
sebelum tidur selama tempo 2 atau 3 bulan sehingggalah penyakit ini reda.

iv) ambil daun dukung anak ( banyak terdapat di kampong/ juga dalam pasu bunga), rebus
dan minum airnya

v) ambil daun dan batang misai kucing ( mudah ditanam dalam pasu bunga) .rebus dan
minum airnya seperti kita minum teh

vi) ambil 10 kuntum bunga kancing baju/butang yang masih segar.Rebus dan minum airnya 1/2 kali sehari.

vii) ambil 2/3 helai daun hempedu bumi (pahit) ke dalam cawan. Masukkan air yang mendidih.
minum bilaagak sudah suam.

viii) minum air perahan dari daun ketumpang air/atau sirih air (utara)

ix) Ambil segenggam barli, rebus, minum airnya ketika suam. ( Boleh buat 2 kali rebusan )