Resepi Acar Istimewa

Bahan-bahan (Hidangan untuk enam orang):
1 cawan minyak masak Daisy Blend
1 cawan cuka putih
1 cawan gula pasir
1 sudu besar garam
200 gram kismis kuning
200 gram lobak asin (potong dadu)
5 biji limau jeruk

2 biji epal hijau (potong dadu)
10 biji buah prun
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 sentimeter halia muda (hiris halus)

Bahan dikisar halus:
10 tangkai cili kering (rebus)
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu besar rempah kari daging

Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Kemudian, masukkan cuka, gula pasir dan garam. Kacau hingga sebati.
3. Apabila mendidih, masukkan semua bahan yang lain.
4. Masak hingga pekat.
5. Siap untuk dihidang.

Petua: Rendam epal hijau dalam air berais dan campur dengan perahan lemon supaya epal tidak bertukar menjadi kehitaman.

Sumber: Harian Metro Selasa, 29 Julai 2008