Resepi Ayam Goreng Madu

Bahan-bahan :

* Ayam bahagian kepak kira-kira 6 keping
* Kicap hitam – 2 sudu besar
* Madu – 2 sudu besar
* Sos tiram – 2 sudu besar
* Lada hitam – 2 sudu besar

Cara membuat:

* Masukkan sos tiram ke dalam bekas berisi kepak ayam yang sudah dibasuh bersih. Masukkan pula kicap pekat dan madu untuk memberikan warna lebih gelap dan berkilat apabila sudah masak.
* Masukkan lada hitam yang sudah dilumatkan, tetapi jangan terlalu halus untuk memberikan rasa rangup ketika makan nanti.
* Gaulkan hingga sebati dan perapkan kira-kira 30 minit sebelum menggoreng supaya bahan berkenaan sebati.
* Apabila minyak dalam kuali sudah panas masukkan ayam tadi. Perlu diingati semasa menggoreng pastikan ia dilakukan secara goreng terendam, dan menggunakan apa yang sederhana saja.
* Sedia untuk dinikmati bersama nasi atau diratah begitu saja.