Resepi Cucur Bawang

Resepi Cucur Bawang

Ikuti langkah mudah penyediaan cucur bawang yang disediakan Chef Ismail.

Bahan-Bahan

* 300 gram tepung gandum

* 250 mililiter (1 cawan) air

* 12 sudu kecil garam

* 1 sudu kecil gula

* 1 biji telur

* 3 sudu kecil udang kering

* 3 biji cili merah – dicincang

* 2 biji bawang besar – dicincang

* Kubis

* Daun kucai – dipotong kasar

Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

1. SEDIAKAN semua bahan untuk menghasilkan cucur bawang.

2. PANASKAN minyak terlebih dulu. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng adunan cucur.

3. MASUKKAN tepung gandum, garam, telur, udang kering, cili merah, kubis, bawang besar dan daun kucai.

4. TUANG air sedikit demi sedikit ke dalam bekas berisi bahan tadi.

5. KACAU hingga sebati dan pastikan adunan tidak terlalu cair.

6. GUNAKAN sudu untuk memasukkan adunan ke dalam minyak yang panas.

7. BIARKAN ia masak ataupun kekuningan sebelum diangkat dan toskan minyaknya.