Resepi Kek Coklat Oren

Bahan:

200 gram majerin Planta

150 gram gula halus

1/2 cawan perahan oren Sunquick

5 biji telur

200 gram tepung naik sendiri

1/2 cawan taburan coklat

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar dengan suhu 160 darjah selsius.

2. Sapu loyang dan alas dengan kertas minyak.

3. Majerin, gula dan oren dipukul hingga kembang.

4. Masukkan telur satu persatu dan gaul hingga rata.

5. Masukkan tepung, gaul hingga rata dan akhir sekali masukkan taburan coklat, gaul hingga sebati.

6. Masukkan dalam loyang dan bakar kira-kira 40 hingga 45 minit.