Resepi Laksa Johor

Bahan-Bahan:
500 gm ikan tenggiri (rebus ambil isi) – Boleh diganti dgn 1 kilo ikan kembung/ parang
1 paket spaghetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
1 biji kelapa (kerisik)
1 biji kelapa (ambil santan 10 cawan)
10 keping asam keping
2 senduk kari ikan (Adabi)
5 batang serai (diketuk)
2 inci lengkuas (diketuk)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan A – (direbus dan dimesin – asingkan)
150 gm udang kering
100gm udang basah, dibuang kulit
Sekeping isi ikan kurau kering (dibakar)

Bahan B untuk digiling/mesin
20 tangkai cili kering
20 biji bawang kecil
10 biji bawang putih
1 inci halia
2 cm kunyit hidup

Untuk Hiasan
Timun, dibuang kulit dan dihiris halus
Lobak merah, dihiris halus
Kacang panjang, dipotong kecil
Bawang besar, dihiris bulat
Limau nipis, dipotong serong
Lada merah/lada hijau dihiris
Taugeh, dibuang ekor
Tauhu digoreng, dipotong kecil-kecil
Daun kesom dan daun selasih, dihiris halus
1 batang bunga kantan (dihiris)
1 mangkuk sambal belacan


Cara:
1. Siang dan cuci ikan dengan asam dan garam. Rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan.
2.. 1/2 cawan minyak di masukkan ke dalam periuk dan tumiskan dengan serai dan lengkuas yang diketuk, cili mesin, diikuti dengan bahan B yang dikisar. Biarkan garing sedikit.
4. Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan ke dalam tumisan tadi dan diikuti dengan bahan A. Kemudian, masukkan asam keping, kerisik, santan dan garam dan gulanya secukup rasa. Masak sehingga semuanya sebati.

Resepi Sambal Belacan
Lada merah 5/6 biji
Belacan – 30 gram dibakar
Bawang merah 1 biji kecil

Cara:
Mesinkan semua bahan dan hidangkan

Tips: Untuk menghidang, tuang kuah ke atas spaghetti, diikuti daun kesom, daun selasih, taugeh, timun, lobak merah dan kacang panjang. Jika suka, taburkan juga hirisan bawang. Boleh juga dimakan dengan sambal belacan, tauhu dan perahan air limau nipis.

Petua:

1. Kuah laksa ini elok dijerang lama sedikit supaya semuanya mesra dan agak pekat. Sambil dijerang kacau selalu.
2. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 – 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
3. Untuk lebih perisa sediakan semalaman baru dihidangkan. Jika terlalu pekat campurkan dengan air atau santan.

Hidangan:
10-15 Orang