Resepi Patty Burger

Resipi patty burger (khusus untuk 10 hidangan)

Bahan-bahannya:

# Daging lembu (dicincang) 2.0 kilogram

# Lemak (dicincang) 400 gram

# Serbuk cajun 20 gram

# Serbuk cayenne 20 gram

# Serbuk paprika 10 gram

# Serbuk jintan 20 gram

# Bawang besar (dicincang) 200 gram

# Bawang putih (dicincang) 40 gram

# Sos teriyaki 120 gram

# Tepung gandum 50 gram

# Serbuk stok ayam 20 gram

# Garam 12 gram

# Kuning telur 2 biji

Cara-caranya:

# Campurkan semua bahan di atas ke dalam satu bekas besar dan gaul sehingga sebati. Kemudian ambil pes yang diadun tadi dan bentukkannya seperti patty burger. Anggaran berat setiap patty adalah sebanyak 180gm. Simpan semalaman atau sekurang kurangnya 2 jam di dalam peti sejuk. Patty burger yang siap, boleh dipanggang sehingga masak.

Bahan hiasan:

# Roti bun (roti bulat khusus untuk burger) berbijan 1 biji

# Keju cheddar 1 keping

# Lada Benggala (dihiris) 30 gram

# Bawang besar (dihiris) 30 gram

# Garam 5 gram

# Serbuk cajun 5 gram

# Mentega 15 gram

# Kentang goreng 300 gm

# Minyak (untuk menggoreng)

Cara-caranya:

# Potong bun kepada dua dan sapukan mentega. Panaskan roti tadi diatas kuali leper. Alih setelah panas. Masukkan lebihan mentega tadi ke dalam kuali dan goreng hirisan lada Benggala dan bawang tadi bersama sedikit garam dan serbuk cajun. Goreng sehingga kekuningan. Goreng kentang tadi sehingga masak. Susun roti bijan, patty burger, keju dan juga hirisan lada dan bawang besar ke dalam pinggan bersama kentang goreng dan sedia untuk dihidang.