Resepi Pindang Ikan

Bahan:
3 keping ikan tenggiri/
[3 ekor ikan selar/kembung/cermin ]
2 biji tomato (dibelah dua)

Bahan-bahan dihiris:

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
4 biji cili hijau
2 biji cili merah
1 inci halia
4 keping asam keping
2 batang serai (diketuk)
Sedikit garam dan kunyit
Air secukupnya

Cara:
1. Bersihkan ikan dan ketepikan sebentar.
2. Bubuh air secukupnya di dalam periuk dan masukkan cili hijau, bawang kecil, bawang putih, halia, asam keping, serai, garam dan kunyit.
3.Biar menggelegak baru masukkan ikan.
4. Bila ikan masak, masukkan tomato pula.
5. Biar lima minit, rasakan garam dan angkat.

Resepi: Hanieliza