Resepi Soto Ayam

Bahan-bahan
1 ekor ayam direbus

Bahan-bahan A ( Untuk kuah soto)
3 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
2 biji buah keras
3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
10 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih

# Kesemua bahan ini dikisar halus

Bahan lain
Sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan sedikit bunga cengkih.

Cara membuat
Tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih. Kemudian, masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga garing. Masukkan pula air rebusan ayam. Lalu dimasak sehingga mendidih.

Cadang hidangan
Boleh disediakan dengan nasi impit, bihun atau mee. Lebih menarik selera jika dihidangkan dengan sedikit tauge, bawang goreng, daun sup, bergedil dan ayam yang disiat kecil ( ayam yang direbus tadi)

Bahan begedil kentang
1 kg kentang (digoreng dan ditumbuk)
100gm daging (direbus)
Sedikit daun sup
Bawang goreng
Serbuk lada putih
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara membuat
Daging yang sudah direbus tadi, dicincang halus. Gaulkan semua bahan tadi. Kemudian, dibulat-bulatkan mengikut kesesuaian. Pukul 1 biji telur. Ambil begedil yang sudah dibulatkan tadi lantas dicelup dalam telur. Goreng sehingga garing.

Tip
Daging boleh digantikan dengan daging cincang yang dijual di pasaraya.