Resipi Pengat Pisang

Resipi Pengat Pisang

Bahannya:

* Pisang Abu/Raja 10 biji atau 1 ikat buang kulit belah dua

* Santan 1 kotak

* Sagu 2 sudu direndam

* Gula Melaka 2 ketul sederhana

* Secubit garam

* Daun pandan 2 helai

Cara menyediakannya:

1. Masukkan santan dengan secawan air, daun pandan dan gula Melaka.

2. Biarkan gula melaka larut.

3. Kacau santan sehingga mendidih.

4. Masukkan pisang, sagu dan garam. Biarkan beberapa minit.

5. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Pengat Pisang

Tip Memasak Pengat pisang

Memastikan pengat dimasak sedap dan menyelerakan:

* Jika guna pisang, keledek atau nangka, pastikan bahan itu dipotong kecil. Untuk pisang, elok potong bulat-bulat manakala keledek dipotong dadu.

* Jika ingin guna Melaka atau kabung, sebaik-baiknya hiris dulu sebelum dimasukkan supaya mudah larut ketika dimasak.

* Daun pandan perlu ada bagi meningkatkan aroma pengat.

* Jika ingin mencampurkan sagu mata ikan, ia perlu direndam dengan air supaya tidak perlu lama dimasak.

* Pastikan sagu mata ikan tidak dimasukkan terlalu banyak kerana ia cepat mengembang dan boleh menyebabkan kuah menjadi terlalu pekat.

* Tambahan garam adalah perlu kerana ia berfungsi untuk menambahkan rasa lemak dan enak pengat anda.