Setiap kehamilan berbeza

SAYA berusia 29 tahun dan sudah berkahwin hampir empat tahun serta mempunyai anak lelaki berusia sembilan bulan. Bayi saya dilahirkan secara pembedahan kerana menurut doktor, air ketuban yang keluar ketika itu berwarna hijau gelap (kemungkinan anak akan lemas jika dibiarkan lebih lama) sedangkan bukaan saya baru lima sentimeter. Jika saya hamil anak kedua, adakah ia boleh dilahirkan secara normal atau perlu melalui kaedah pembedahan me mandangkan anak pertama dulu dilahirkan secara pem bedahan? Doktor menasihatkan saya berehat setahun sebelum hamil lagi tetapi saya ada membaca artikel yang memberi nasihat supaya berehat selama dua tahun bagi kelahiran menerusi pembedahan. Apakah risiko jika hamil dalam tempoh ter babit? SHAHILA, Pulau Pinang.

————————

ANDA menjalani pembedahan Caesarean atas sebab bayi dikhuatiri lemas, keadaan ini dinamakan ‘fetal distress’ dan pembedahan terbabit dilakukan secara segera (kecemasan). Dalam keadaan anda, bayi sudah mengeluarkan najis yang kemudiannya bercampur dengan air ketuban sehingga air ketuban yang pada asalnya berwarna jernih sudah bertukar kepada warna kehijauan. Keadaan ini tiada kaitan dengan kehamilan akan datang. Dalam erti kata lain, tidak semestinya sewaktu kehamilan dan kelahiran akan datang, bayi akan lemas. Atas sebab pembedahan terdahulu yang dijalankan, ia tiada kaitan dengan kemungkinan anda terpaksa menjalani pem bedahan sekali lagi. Bagaimanapun, beberapa faktor lain turut memainkan peranan dalam menjangkakan kemungkinan seseorang akan menjalani pembedahan Caesarean kali kedua. Sekiranya wanita mengalami salah satu daripada perkara berikut, lazimnya doktor menasihatkan mereka untuk tidak bersalin normal sebaliknya menjalani pembedahan kelak:

  • Jenis pembedahan dahulunya dilakukan pada bahagian atas segmen dinding rahim (disebut upper segment atau classical Caesarean). Kini jenis pembedahan ini jarang di lakukan, kebanyakan pembedahan dilakukan pada segmen bawah (LSCS).
  • Sudah dua kali menjalani pembedahan Caesarean se belumnya sama ada berturut-turut atau berselang keha milan.
  • Pernah menjalani pembedahan ke atas dinding rahim seperti membuang fibroid sehingga menembusi ruang dalam rahim.
  • Pernah mengalami rahim merekah.
  • Pernah mengalami jangkitan rahim (endometritis) me nyebabkan parut dinding rahim tidak utuh lagi.
  • Kehamilan kini dalam kedudukan menyongsang, me lintang atau menyerong.
  • Kehamilan kini kembar.
  • Jangkitan herpes kemaluan aktif.
  • Dua komplikasi utama yang berkait dengan mencuba menjalani kelahiran normal selepas pembedahan Caesarean adalah keadaan rahim merekah (uterine rupture) dan pem bedahan Caesarean, sekali lagi akibatnya atau akibat lain seperti bayi lemas atau lambat (pintu rahim masih tidak membuka seperti dijangkakan).Rahim merekah adalah komplikasi yang amat digeruni memandangkan kadangkala sukar untuk menjangkakan bila ia mula berlaku dan ia boleh memberi impak yang teruk kepada kedua-dua ibu dan bayinya jika tidak ditangani dengan segera akibat kehilangan darah yang banyak dalam sekejap masa saja. Walaupun bayi dilahirkan dalam masa 18 minit ia dikesan, bayi boleh mengalami kesan kehilangan oksigen terhadap sistem otaknya seperti ischaemic encephalopathy dan se umpamanya. Itupun sukar dilakukan kerana secara praktiknya sukar untuk memastikan bayi dilahirkan dalam masa 18 minit rahim merekah dikesan memandangkan persediaan ibu, bilik bedah, pembiusan dan perkara lain juga mengambil masa.

    Atas sebab itu, anda dinasihatkan bersalin di hospital yang mempunyai kelengkapan pembedahan, bekalan darah serta unit rawatan rapi untuk dewasa dan juga bayi baru lahir. Malah, anda juga seeloknya bersedia atas kemungkinan terpaksa menjalani pembedahan sekali lagi pada bila-bila masa sewaktu mencuba bersalin normal kelak. Ini termasuklah berpuasa, mengambil pembiusan epidural dan seumpamanya. Proses kelahiran anda juga dipantau dengan lebih kerap, begitu juga dengan penggunaan ubat-ubatan merangsang kelahiran diberikan dalam dos yang lebih rendah daripada biasa. Sekiranya pembedahan anda terdahulu jenis LSCS, risiko rahim merekah hanyalah kecil (kurang daripada satu pe ratus).

    Namun bagi mereka yang sudah menjalani pembedahan classical Caesarean atau dua kali pembedahan LSCS, risikonya meningkat sehingga empat hingga lima kali ganda, kedua-dua penyebab ini mempunyai kaitan dengan keutuhan dinding rahim untuk bertahan sewaktu setiap kontraksi rahim. Oleh kerana risiko rahim merekah atau pecah meningkat sekiranya jarak tempoh di antara pembedahan yang lalu dengan kehamilan seterusnya dekat, tempoh dua tahun dikira daripada waktu kelahiran terdahulu dengan waktu kelahiran seterusnya. Kajian menunjukkan terdapat peningkatan risiko rahim merekah sekiranya wanita bersalin dalam masa kurang daripada dua tahun daripada kelahiran pembedahan ter dahulu. Ini bermakna risiko anda dapat dikurangkan sekiranya anda mula hamil pada usia anda kini memasuki 15 bulan ke atas. Selain itu, jarak kelahiran juga penting untuk memastikan kesihatan anda sudah pulih secara optimum, selain faktor keharmonian keluarga dan faktor kewangan yang perlu diambilkira. Berbincanglah lebih lanjut dengan doktor anda mengenai perkara berikut:

  • Berdasarkan kehamilan dan pembedahan terdahulu serta keadaan kandungan sekarang, bolehkah bersalin normal?
  • Apakah peratus peluang berjaya bersalin normal?
  • Apakah kemungkinan menghadapi risiko di atas?
  • Bagaimanakah jika masih belum bersalin walaupun sudah menjangkau hari jangkaan bersalin?
  • Setelah memahami peluang, kelebihan dan risiko berkaitan, pilihan tetap di tangan anda sama ada untuk mencuba bersalin normal ataupun tidak.Sekiranya anda memilih untuk mencuba bersalin normal, peluang anda adalah sekitar 75 peratus secara amnya, ini bermakna masih ada risiko 25 peratus anda terpaksa melalui pembedahan juga akhirnya. Namun memandangkan anda belum pernah bersalin nor mal sebelum ini, peluang anda berjaya bersalin normal mungkin lebih rendah lebih-lebih lagi jika terpaksa menjalani induksi bersalin (menurun sehingga 40 peratus saja). Memilih untuk menjalani pembedahan dapat menghin darkan anda daripada komplikasi rahim merekah namun ia mengehadkan anda terhadap bilangan kehamilan serta pi lihan bersalin seterusnya.

    Oleh PAKAR SAKIT PUAN bersama Dr. Adilah Ahmat