Smart Reader(R) tekan kaedah interaktif

Bagi meneroka dunia, kanak-kanak sewajarnya diberi pendedahan khusus, terutama dalam mengasah bakat sedia ada. Tentunya ibu bapa gembira apabila melihat anak mereka yang baru memasuki usia empat hingga lima tahun, sudah bijak mewarna gambar, melukis, membuat kolaj, bermain bersama rakan sebaya dan sebagainya.

Di Smart Reader(R), pelajaran yang menyeronokkan dan interaktif mampu menarik minat kanak-kanak menyelami kehidupan, khususnya ketika menerima proses pembelajaran dan aktiviti pra-sekolah.

Bagi Ismas Suraya Ismail, ibu kepada Ahmad Mus’ab al Khair Fauzy, 5, menyifatkan ibu bapa adalah pengaruh terbesar kepada anak, terutama dalam membimbing, memupuk dan melindungi.

“Menghantar anak saya di Smart Reader Kids(R) (Taman Seroja) pada tahun 2010 menjadikan Ahmad semakin berani menonjolkan diri ketika berdepan dengan kami (ibu bapa). Selain itu, saya lihat Ahmad suka ke sekolah, belajar perkara baru dan semakin baik dalam pertuturan, penggunaan bahasa, terutama Bahasa Inggeris,” katanya.

Begitu juga bapa kepada Noor Sarah Sadrina Mohd Shafri, 6, dari Smart Reader Kids (R) (Oakland Commerce Square), Mohd Shafri Zainal Abidin berkata, Noor Sarah sentiasa gembira melakukan setiap aktiviti yang diperuntukkan di kelas, terutama ketika berada dalam kelas Mandarin.

Bagi Saharuddin Abdullah pula, keputusan untuk menghantar permata hati mereka, Ilhan Zal Hazmi Saharuddin, 5, ke Kid Reader Smart(R) (Lavender Heights) adalah satu keputusan terbaik mereka untuk masa depan yang lebih baik anak mereka.

The Smart Reader Kids(R) program menggunakan kaedah pembelajaran yang berkait rapat dengan keseronokan tetapi masih memupuk kanak-kanak supaya mengetahui haluan yang betul tanpa sebarang percanggahan dalam kehidupan mereka.

Untuk tahun ini, ibu bapa dan pelajar akan ditawarkan kad istimewa (privilege card), AXA Insurance dengan tawaran 15 peratus Premium Tahunan Smartcare optimum termasuk faedah tinggi had tahunan yang diinsuranskan sehingga RM200,000; kemasukan tanpa tunai kepada lebih 70 hospital panel di seluruh negara dan premium serendah RM27.33 setiap bulan.

Maklumat lanjut, boleh hubungi Smart Reader Kids(R) (Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi) di 03-8706 7757, Smart Reader Kids(R) (Oakland Commerce Square, Phase 2, Seremban) di 06-6313757, Smart Reader Kids(R) (Lavendar Heights, Senawang) di 06-6776 914, SmartLine di 1-300-82-5555 atau layari www.smartreader.edu.my.

Paling menarik dan terbaru di Smart Reader Kids (R) adalah peraduan Pop Stars of Smart Reader Kids(R) yang dilancarkan Smart Reader(R) Worldwide. Untuk maklumat lanjut sila layari www.smartreader.edu.my atau Facebook dengan mencari halaman “Smart Reader”.

Oleh Siti Nurazlinee Azmi