Sunat azan, iqamah anak baru lahir

Suami saya melakukan azan dan iqamat pada telinga anak tanpa memangkunya. Dia ditegah jururawat daripada memegang anak yang baru dilahirkan itu kerana tidak memakai sarung tangan.

Adakah anak saya dikira sudah diazankan atau belum? Sah atau tidak azan berkenaan?

ZEE
Sabah.

————

Selepas kanak-kanak dilahirkan, sunat diazan dan di iqamatkan. Ini pernah dilakukan Rasulullah saw ketika Fatimah melahirkan Hasan ra, iaitu cucu Baginda.

Islam menganjurkan kita mengazankan ke telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bagi anak lelaki. Manakala anak perempuan diperdengarkan iqamat di telinga kiri saja.

Memperdengarkan azan dan iqamat tanpa dipangku anak dibenarkan. Dengan berbuat demikian anak sudah diazankan.