Posts Tagged ‘Kelebihan Air Anugerah’

Air Anugerah : Kombinasi air, rahsia al-Quran

Setiap sesuatu yang Allah cipta pasti mempunyai hikmah dan anugerah untuk makhluk-Nya yang mendiami muka bumi ini.

Air misalnya dicipta Allah sebagai elemen yang mempunyai pelbagai fungsi, bukan sekadar untuk menghidupkan kawasan yang kontang, tetapi sebagai sumber penyucian untuk minuman dan perubatan.

Kita mengambil wuduk sambil berniat, justeru ia berfungsi menyucikan diri, begitu juga ketika mengangkat hadas besar.

Walaupun kelihatan remeh- temeh, air mampu menyimpan kekuatan dan daya penyembuh kepada umat manusia, sebab itulah ia adalah bahan penting di dalam perubatan Islam.

Menyedari kepentingan air untuk perubatan dan memenuhi permintaan umat Islam yang menghidap pelbagai jenis penyakit, Anugerah International Sdn Bhd memperkenalkan Air Anugerah.

Air Anugerah bukan air biasa kerana ia kaya dengan zat galian selain diperkuatkan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran serta doa pilihan yang sebelum ini menjadi rahsia dalam perubatan Islam.

Jurucakapnya, Ustaz Khairul Azhar Ghazali berkata, Air Anugerah amat sesuai bagi mereka yang ingin mencari penawar untuk pelbagai penyakit di dalam badan, menghindari gangguan makhluk halus selain penerang hati terutamanya untuk kanak-kanak.

Beliau berkata, air itu boleh dimanfaatkan bagi membantu umat Islam mengatasi kesengsaraan yang di hadapi.

“Ia boleh dijadikan minuman harian oleh mereka yang ingin mencapai segala hajat di hati serta untuk kebaikan keluarga.

“Bagaimanapun, saya menasihatkan pengguna bahawa sesuatu yang berlaku itu sama ada baik atau buruk adalah daripada Allah,” katanya.

Beliau yang juga peserta Imam Muda musim pertama berkata, teknologi moden membuktikan kepentingan air sebagai penawar dalam hidup manusia.

Menurutnya, saintis membuktikan molekul air bertukar kepada bentuk kilauan bintang selepas didoakan dengan ayat suci al-Quran.

“Ini menguatkan hujah bahawa air adalah benda hidup dan bukan sekadar menghilangkan dahaga, tetapi menjadi penawar dalam diri manusia.

“Justeru, Air Anugerah yang dikeluarkan mempunyai tujuan yang sama kerana kami mahu berkongsi konsep perubatan Islam yang menggunakan ayat-ayat al-Quran melalui medium air,” katanya.

Katanya, kehebatan al-Quran memang diakui sejak dulu lagi, malah ayatnya adalah senjata paling mujarab dan rahmatnya melimpah-ruah umpama sumber mata air yang penuh dengan nur, hidayah dan zikirullah.

“Tidak hairanlah kalam suci ini menjadi rujukan mereka yang mengetahui ayat rukyah berkaitan sebarang musibah yang melanda.

“Malah, selain memberi pedoman kepada manusia mengenai kehidupan, al-Quran bermanfaat kepada kesihatan,” katanya.

Menurutnya, umat Islam boleh mengamalkan membaca surah Waqiah untuk murah rezeki dan mendapat jodoh dan surah Yasin bagi menunaikan hajat.

“Ayat dalam surah Kahfi pula untuk melariskan perniagaan, surah Syarh untuk penerang hati, surah Luqman untuk kecerdikan anak dalam kandungan manakala surah Yusuf untuk kecantikan dan kekacakan.

“Hakikatnya, banyak lagi rahsia penawar al-Quran malah setiap huruf di dalam al-Quran ada penawar dan kelebihan yang belum dirungkai sepenuhnya oleh akal manusia,” katanya.

Beliau berkata, pengguna yang mengambil Air Anugerah perlu sentiasa ingatkan Allah dan jangan taksub kerana setiap pemulihan serta penyembuhan itu adalah kekuasaan Ilahi.

Hubungi 03-2072 5555 atau 019-369 9998 untuk maklumat lanjut mengenai manfaat Air Anugerah.

Info Air Anugerah

Air Anugerah ditenagakan dengan bacaan al-Quran 30 juzuk selain bacaan ayat syifa dan doa khusus seperti:

* Surah al-Fatihah untuk penyembuh keracunan.

* Surah al-Syarh untuk menghilangkan kesulitan dan bebanan.

* Surah al-Qadr untuk pembuka minda dan menerangkan mata.

* Surah al-Kafirun untuk menghindar daripada hasutan Iblis (makhluk halus)

* Surah al-Ikhlas untuk jauh daripada mata-mata jahat

* Surah al-Falaq untuk penyembuh penyakit siang dan malam.

* Surah al-Nas untuk menjauhi daripada gangguan jin.

* Surah al-Isra’ :28 untuk penghadang dan pembimbing.

* Surah at-Taubah :128 untuk menghilangkan sebarang sakit.

* Ayat Kursi untuk menghindar daripada gangguan makhluk halus.

* Surah al-Baqarah untuk terselamat daripada segala bala bencana dan mara bahaya

* Surah Israil untuk penawar segala jenis kesakitan.

* Surah as-Shafat untuk rasa sentiasa sihat.

* Bacaan istighfar untuk pengampunan dan penyembuh.

* Bacaan doa penyembuh angin ahmar.

* Bacaan doa khatamul quran juga menjadi penyembuh untuk segala penyakit.

* Surah ali-Imran untuk kesihatan dari segala penyakit dan terselamat daripada gangguan jin.