Tip Menawan Hati Mentua

Petua Menawan Hati Mentua

Alam berumah tangga sentiasa indah jika disulami hubungan komunikasi baik, bertolak-ansur, tahu had dan kepentingan pasangan serta selalu berbincang dalam segala hal.

Mudah dan menyenangkan jika mendapat pasangan `sehati sejiwa’ dalam segala segi namun, ia mungkin jarang berlaku jika pasangan anda, anak manja!

Ketika ini, anda harus ingat bahawa anda berkongsi pasangan dengan keluarganya, perlu bersaing menjalankan tanggungjawab masing-masing dan mungkin, terpaksa memendam perasaan akibat sering berselisih faham atau dipinggirkan dalam keluarga mentua.

Lima petua menjadi menantu yang baik

– Anggap mentua seperti ibu bapa sendiri

– Sebagai menantu, harus sentiasa beralah

– Elakkan konflik dengan mentua yang akan akhirnya akan membabitkan pasangan dalam masalah tersebut

– Berbaik-baik dengan seluruh keluarga mentua

– Sentiasa bertolak-ansur

Lima petua memikat hati mentua

– Menjaga tingkah laku

– Menjaga penampilan dan kebersihan diri

– Sentiasa mengawal bahasa tubuh terutama ketika sedang berbual dengan mentua

– Sentiasa rajin bertanya khabar mentua dan ipar duai yang lain

– Sentiasa mengingati hari penting mentua seperti hari ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinannya

Lima petua menjadi mentua yang baik

– Berusaha mengenali hati nurani menantu

– Sentiasa sematkan di hati bahawa anak anda telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai kehidupan sendiri

– Sentiasa berlaku adil sekiranya berlaku konflik antara anak dan juga menantu

– Jangan mudah berkecil hati

– Mengamalkan sikap mesra terhadap menantu

Lima petua menjaga hubungan baik dengan menantu

– Sentiasa menjaga pertuturan agar tidak meluahkan kata-kata yang boleh mengguris hati

– Menjadi pendengar dan penasihat yang adil sekiranya berlaku konflik antara anak dan menantu

– Memberi layanan mesra

– Tidak membandingkan atau membezakan antara anak dan juga menantu

– Sentiasa bertanya khabar dan mengambil berat tentang menantu Lima petua menjaga hubungan antara mentua dan menantu

– Sentiasa bantu membantu antara satu sama lain

– Sentiasa menggembirakan antara satu sama lain

– Sentiasa terbuka untuk menerima teguran dan juga nasihat

– Sentiasa meluangkan masa dan kunjung-mengunjungi

– Buang rasa ego dan sentiasa bermaafan