Tip Meringankan Stress Suami Isteri Ketika Diuji

Tip kali ini apakah yang boleh dilakukan suami isteri bagi meringankan beban tatkala menghadapi ujian.

1. Ujian yang melanda pasangan sama ada suami atau isteri adalah dugaan untuk dirasai dengan penuh rasa tanggungjawab untuk mengatasinya secara bersama.

2. Jadikan dugaan sebagai asas untuk saling memberikan sokongan antara satu sama lain dan berkorban untuk meringankan bebanan yang ditanggung dengan hati yang rela.

3. Elakkan daripada menyalahkan atau mencari kesalahan apabila berlakunya kesusahan dalam kehidupan kerana tiada siapa yang mahu ia terjadi atau suka untuk melaluinya.

4. Pasangan suami yang diuji perlu bersikap terbuka atau bersedia untuk menerima apa jua cadangan daripada isteri sekiranya ia boleh mendatangkan apa-apa kebaikan.

5. Isteri pula elakkan daripada bersikap terlalu mendesak sehingga boleh mewujudkan persengketaan yang boleh membawa kepada kerugian dan memudaratkan perhubungan.

6. Sebaiknya tenangkan fikiran, cari ruang rasional diri yang baik dan elakkan dari penambahan tekanan yang boleh membuntukan jalan penyelesaian. Pasangan sebaiknya duduk berbincang dengan jiwa dan akal yang terbuka.

7. Dapatkan bantuan profesional yang boleh memahami masalah yang anda hadapi secara lebih terancang serta membantu ke arah mengurangkan tekanan yang ada.